26 Oktober 2023, Kuala Lumpur – Majlis penutup THE FIRST EXPERT EXCHANGE SEMINAR ON SPACE POLICY: EMPOWERING ASEAN SPACE CAPACITY TOWARDS NEW SPACE ECONOMY telah disempurnakan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi.
Semasa ucapannya, beliau berkata MOSTI melalui Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) sedang merancang menubuhkan Pusat Kecemerlangan Kebangsaan bagi Kajian dan Penyelidikan Undang-undang dan Dasar Angkasa yang akan berperanan untuk membangunkan kepakara dalm bidang undang-undang dan polisi angkasa tempatan dan serantau melalui program pembangunan kapasiti. Beliau turut berharap penganjuran seminar ini akan dapat terus dilaksanakan pada masa akan datang dan mengalu-alukan penglibatan negara anggota ASEAN untuk menjadi penganjur bersama.
Sesi seminar pada hari kedua telah disampaikan oleh Mr. Tanapat Paiboolsirichit (Geo-informatics & Space Technology Agency, GISTDA), Mr. Ronald Tong (The Office for Space Technology and Industry, OSTin), Mr. Steven Freeland (Western Sydney University), dan Ms. Rosanna Margarita Hoffman (UNOOSA).
Pelaksanaan seminar ini diharap akan dapat memberi manfaat kepada peserta, sebagai medium perkongsian ilmu, pengalaman dan perbincangan dalam aspek pembangunan polisi dan perundangan angkasa.
Seramai lebih 50 peserta yang terlibat dalam bidang polisi dan perundangan angkasa di Malaysia dan negara ASEAN (Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Cambodia, Laos dan Timor Leste) telah menghadiri seminar tersebut. Manakala Mr. Ronald Tong, Acting Executive Director, Singapore Office for Space Technology & Industry telah menyampaikan pembentangannya secara dalam talian.
Sempena Minggu Sains Negara (MSN) 2023 dan World Space Week 2023, YB Menteri MOSTI telah menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan bagi program My Internet of Agriculture (MyIOAGRI) dan My Unmanned Aerial Vehicle (MyUAV).
Bengkel dan Cabaran Secara dalam Talian My Internet of Agriculture (MYIOAGRI) telah disertai oleh beberapa kumpulan pelajar dari sekolah rendah yang telah diadakan secara atas talian pada 4-5 September 2023. Manakala pertandingan My Unmanned Aerial Vehicle (MyUAV) telah disertai oleh pelajar sekolah rendah secara berkumpulan melalui Bengkel MyUAV serta cabaran secara dalam talian yang telah diadakan pada 6-7 September 2023.
Sepanjang Oktober 2023, MOSTI melalui agensi di bawahnya termasuk MYSA, pihak swasta, akademia dan NGO terlibat secara langsung dalam merancang pelbagai aktiviti sempena sambutan World Space Week: Malaysia Chapter. Tahniah kepada semua peserta dan pemenang.