Skip to main content
News

Kumpulan Modal Perdana (KMP) menjadi agensi seterusnya di bawah MOSTI yang dilawati oleh YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim

Putrajaya, 6 Jun 2020: Kumpulan Modal Perdana (KMP) menjadi agensi seterusnya di bawah MOSTI yang dilawati oleh YB Khairy Jamaluddin dan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim pada 5 Jun 2020.

KMP merupakan salah sebuah syarikat modal teroka yang ditubuhkan oleh kerajaan dengan mandat untuk melakukan pelaburan di dalam syarikat berteknologi tinggi bertujuan untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan berasaskan teknologi.
Sejak penubuhannya, KMP telah melabur di dalam lebih 40 syarikat berteknologi tinggi dan telah berjaya membantu sebahagian besar syarikat-syarikat ini berkembang maju. Sebahagian daripada syarikat-syarikat ini juga telah berjaya disenaraikan di dalam Bursa Saham serta memberi pulangan pelaburan kepada KMP.

Bermula tahun 2014, KMP telah menetapkan untuk menjadi syarikat modal teroka yang khusus untuk membuat pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang berkaitan Elektrikal & Elektronik (“E&E”).

Selari dengan rancangan kerajaan untuk memampankan lagi sektor E&E di Malaysia (disenaraikan sebagai salah satu dari 12 National Key Economic Area), pelaburan di dalam syarikat-syarikat yang berkaitan oleh KMP diharap akan dapat membantu menambah keluaran dalam negara kasar (KDNK), dan membantu negara meningkatkan kepakaran modal insan di dalam sektor ini.

Turut sama dalam sesi lawatan kerja ini ialah YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausah MOSTI.