Skip to main content
News

Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) – sebuah agensi di bawah MOSTI yang membantu memudahcara, mengemudi dan mengupaya ekosistem start-up dan keusahawanan dengan misi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi.

Putrajaya, 9 Jun 2020: Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) – sebuah agensi di bawah MOSTI yang membantu memudahcara, mengemudi dan mengupaya ekosistem start-up dan keusahawanan dengan misi untuk memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara inovasi.

YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah berkesempatan mengadakan lawatan kerja ke MaGIC dengan diiringi YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri, YBhg. Datuk Ir. Dr. Siti Hamisah Binti Tapsir, Ketua Setiausaha dan YBrs. Dr. Mohd. Nor Azman Bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Sains, Teknologi & Inovasi).

Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Dzuleira Abu Bakar telah berkongsi maklumat berkenaan peranan utama MaGIC dalam memacu pembangunan inovasi dan kreativiti ekosistem start-up dan keusahawanan negara, disamping menyokong kerajaan untuk mengatasi impak krisis COVID-19. Inisiatif Social Enterprise Elevation (SEE) dan National Technology & Innovation Sandbox (NTIS) di bawah PENJANA yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini turut dibincangkan berikutan penyelarasan MaGIC sebagai sekretariat NTIS dan pelaksana program SEE.

YB Khairy juga berkesempatan melawat sekitar kampus MaGIC serta bersua dengan start-up dan usahawan sosial terpilih.