2 Ogos 2021, Johor – YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Muar, Johor bagi…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
2 Ogos 2021, Johor – YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini mengadakan lawatan kerja ke Muar, Johor bagi…
30 Julai 2021, Putrajaya – Peralatan perubatan sumbangan Kerajaan Arab Saudi telah selamat tiba di tanah air dan diserahkan kepada Kerajaan Malaysia. Ini menandakan satu lagi detik yang istimewa dan…
27 Julai 2021 – Pagi tadi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menghadiri Mesyuarat Prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung Perolehan Vaksin COVID-19 dan Penggunaannya Kepada Rakyat Malaysia.
Sekitar lawatan YBhg. Datuk Ir. Ts. Dr. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV): 1) PPV MAHSA 2) PPV Kompleks Sukan…
14 Julai 2021, Kedah – YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi hari ini melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Cenderawasih, Pendang Kedah Darul Aman….
path: downloads