16.6.2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin hari ini meninjau persiapan terakhir menjelang pembukaan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) pandu lalu bagi golongan OKU di Sime Darby Plantation Berhad, Ara Damansara…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].