7 Jun 2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan meluangkan masa meninjau persiapan terakhir dua (2) Pusat Pemberian…
COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.
Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].
Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:
Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)
CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:
Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.
Carta selanjutnya (muat turun format PDF):
7 Jun 2021, Kuala Lumpur – YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan meluangkan masa meninjau persiapan terakhir dua (2) Pusat Pemberian…
6 Jun 2021, Kuala Lumpur –Â YBhg. Datuk Ir. Dr. Ts. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI bersama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini mengadakan lawatan ke Pusat…
4 Jun 2021, Shah Alam – Lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) UiTM Puncak Alam bagi meninjau persiapan di PPV tersebut untuk memberikan vaksinasi kepada rakyat di sekitarnya mulai 7…
5 Jun 2021, Kuala Lumpur – YBhg. Datuk Ir. Dr. Ts. Siti Hamisah binti Tapsir, Ketua Setiausaha MOSTI bersama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) hari ini mengadakan lawatan ke Pusat…
4 Jun 2021, Kuala Lumpur – Pemberian vaksin kepada OKU kategori penglihatan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) khusus bagi orang kurang upaya (OKU) penglihatan di bermula hari ini. Sehingga kini,…
4 Jun 2021, Kuala Lumpur – Lawatan YAB Perdana Menteri ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) bagi melihat sendiri perjalanan proses vaksinasi PPV…
path: downloads