PENGENALAN EKSA
MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S dengan penjenamaan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada Januari 2014. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu:
PELAKSANAAN EKSA MOSTI
A. Dasar
MOSTI komited mengamalkan budaya kerja produktif serta persekitaran kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.
B. Visi
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan motivasi, integriti dan imej korporat warga MOSTI dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.
C. Misi
Menerapkan kesedaran kualiti yang berkekalan di kalangan warga MOSTI bagi mewujudkan kesefahaman dan semangat kerjasama serta memastikan misi EKSA dapat dicapai dan kepuasan pelanggan terjamin.
D. Objektif
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan kondusif pada setiap masa bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga MOSTI.
E. Slogan
“Persekitaran Kondusif, Warga Progresif”
F. Logo Dan Keterangan
SENARAI ZON EKSA MOSTI
BIL | BAHAGIAN/UNIT | NAMA ZON | SEKTOR |
1. | Information Technology Management Division | Helium | Sektor Pengurusan |
2. | Development Division | Neon | |
3. | Account Division | Kripton | |
4. | Administration Division | Xenon | |
5. | Finance Division | Argon | |
6. | Human Resource Management Division | Radon | |
7. | Strategic Planning Division | Astatin |
Sektor Perancangan Dan Pembudayaan STI |
8. | Bahagian Data Strategik dan Teknologi Masa Hadapan | Oksigen | |
9. | Pusat Maklumat Sains dan Teknologi | Nitrogen | |
10. | Bahagian Perkhidmatan & Pembudayaan STI | Aurum | |
11. | Bahagian Pusat Nanoteknologi Kebangsaan | Thalium | Sektor Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan Dan Perkhidmatan STI |
12. | Bahagian Teknologi Strategik Dan Aplikasi S&T | Titanium | |
13. | Fund Division | Argentum | |
14. | Bahagian Pengkormesialan | Platinum | |
15. | Corporate Communication Unit | Magnesium |
Sektor Unit Di Bawah Ketua Setiausaha |
16. | Internal Audit Unit | Rubidium | |
17. | Legal Unit | Radium | |
18. | Integrity Unit | Litium | |
19. | International Division | Fosforus |