SUDUT EKSA INDUK

LOGO EKSA

PENGENALAN EKSA

MAMPU telah mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S dengan penjenamaan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada Januari 2014. Langkah ini selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi-agensi awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
​​
Amalan 5S ditambah baik dengan menambah 5 elemen baharu, iaitu: ​​​

eksa1

PELAKSANAAN EKSA MOSTI

A. Dasar
MOSTI komited mengamalkan budaya kerja produktif serta persekitaran kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

B. Visi
Mewujudkan suasana kerja yang kondusif bagi meningkatkan motivasi, integriti dan imej korporat warga MOSTI dalam sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.

C. Misi
Menerapkan kesedaran kualiti yang berkekalan di kalangan warga MOSTI bagi mewujudkan kesefahaman dan semangat kerjasama serta memastikan misi EKSA dapat dicapai dan kepuasan pelanggan terjamin.

D. Objektif
Mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, bersih, kemas dan kondusif pada setiap masa bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan; dan Membantu meningkatkan disiplin diri dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga MOSTI.

E. Slogan
“Persekitaran Kondusif, Warga Progresif”

F. Logo Dan Keterangan

eksa2

JAWATANKUASA PELAKSANA MOSTI

Tadbir Urus Induk EKSA MOSTI

Tadbir Urus Induk EKSA MOSTI

SENARAI ZON EKSA MOSTI

BIL BAHAGIAN/UNIT NAMA ZON SEKTOR
1. Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Helium Sektor P​engurusan
2. Bahagian Pembangunan Neon
3. Bahagian Akaun Kripton
4. Bahagian Pentadbiran Xenon
5. Bahagian Kewangan Argon
6. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Radon
7. Bahagian Perancangan Strategik Astatin

Sektor Perancangan Dan Pembudayaan STI

8. Bahagian Data Strategik dan Teknologi Masa Hadapan Oksigen
9. Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Nitrogen
10. Bahagian Perkhidmatan & Pembudayaan STI Aurum
11. Bahagian Pusat Nanoteknologi Kebangsaan Thalium Sektor Pembangunan Teknologi, Pengkomersialan Dan Perkhidmatan STI
12. Bahagian Teknologi Strategik Dan Aplikasi S&T Titanium
13. Bahagian Dana Argentum
14. Bahagian Pengkormesialan Platinum
15. Unit Komunikasi Korporat Magnesium

Sektor Unit Di Bawah Ketua Setiausaha

16. Unit Audit Dalam Rubidium
17. Unit Perundangan Radium
18. Unit Integriti Litium
19. Bahagian Antarabangsa Fosforus

ANUGERAH EKSA