Skip to main content
FokusFocus April 2018 (Special Edition of National Science Week)

PELANCARAN ROBOT SERANGGA MINI CATAT REKOD DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS

By 2018-04-07#!31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800p5231#31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31 04am31am-31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800p9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx312020Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800429428amTuesday=321#!31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#August 4th, 2020#!31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800p5231#/31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800p-9Asia/Kuala_Lumpur3131Asia/Kuala_Lumpurx31#!31Tue, 04 Aug 2020 09:42:52 +0800pAsia/Kuala_Lumpur8#No Comments

Bersempena dengan Minggu Sains Negara 2018 ini juga, telah berlangsung Majlis Pelancaran Robot Serangga Mini yang Terbanyak pada 5 April 2018 di Pusat Sains Negara dan disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Hj Yahaya (Ketua Setiausaha, MOSTI). Semasa majlis ini, satu rekod telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records dalam kategori Sains dan Teknologi atas kejayaan menghasilkan 1,700 unit robot serangga mini (robobug). Rekod ini telah mengatasi rekod yang dicatatkan pada Pertandingan Robotik Lego Education “Tug of War” di Putrajaya pada 1 Mac 2018 yang telah menghimpunan 1,456 unit robot.

Kejayaan ini adalah hasil daripada bengkel penghasilan robot serangga mini yang telah diadakan oleh Pusat Sains Negara kepada para pelajar sekolah tahun 5 dan 6 dan tingkatan 1 dan 2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan asas robotik menggunakan konsep litar ringkas dengan kos yang rendah. Bengkel yang melibatkan pelajar sekolah rendah tahun 5 dan 6 dan juga tingkatan 1 dan 2 bagi menarik minat mereka terhadap bidang teknologi robotik.

Robobug yang dihasilkan adalah berukuran 20cm x 15cm dan mempunyai keupayaan untuk bergerak ke hadapan dengan menggunakan teknologi litar asas (basic circuit). Robobug dipilih kerana robobug merupakan modul pembelajaran sains tidak formal untuk memupuk minat pelajar melalui program STEM luar bilik darjah melalui pendedahan konsep asas robotik menggunakan litar yang mudah. Bentuk robobug yang dihasilkan adalah berasaskan serangga untuk dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk membina dan mempelajari konsep asas robotik. Komponen-komponen yang digunakan untuk menghasilkan robobug ialah bateri, motor, suis SPDT (satu kutub dua arah), suis toggle, wayar, klip kertas besar dan cetakan gambar serangga.