Skip to main content
FokusFocus December 2017 (Special Edition MCY)

Pendemokrasian Teknologi

By 2018-01-15#!30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:002130#30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30 24pm30pm-30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:0012+08:003030+08:00x302020Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +08001612166pmWednesday=321#!30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:00+08:006#June 24th, 2020#!30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:002130#/30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30#!30Wed, 24 Jun 2020 12:16:21 +0800+08:00+08:006#No Comments

Nanotechnology EcosystemProgram kelolaan NanoMalaysia iaitu Pelan Tindakan Graphene Kebangsaan 2020 (NGAP2020), iNanovation dan Advanced Materials Industrialisation mempunyai sinergi yang kuat dan saling berkait rapat dengan Smart Manufacturing terutamanya Internet of Nano-Things (IoNT) iaitu sistem komunikasi antara peranti teknologi nano. Peruntukan Bajet 2018 untuk Smart Manufacturing dilihat sebagai penyambung kepada hasil inovasi bertaraf IR 4.0 dari program NanoMalaysia bagi penggunaan peranti dan sistem teknologi nano dalam pengeluaran skala besar oleh syarikat mulaterbit, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat konglomerat. Kedudukan strategik program NanoMalaysia sebagai upstream kepada Smart Manufacturing iaitu sebagai pembekal teknologi nano kepada industri pembuatan atau kilang dan juga sebagai downstream iaitu sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam pengkormesialan produkproduk yang telah dihasilkan melalui penggunaan berskala nano yang akan membolehkan sistem komunikasi dan pemprosesan maklumat yang lebih pantas, mudah alih, berjimat tenaga dan boleh diaktifkan di mana-mana sahaja. Teknologi nano sebagai asas kepada litar bersepadu atau Integrated Circuits (ICs) dan seterusnya IoT dapat memantapkan agenda Ekonomi Digital negara untuk memberi nafas baru kepada inisiatif Smart Manufacturing dan seterusnya membantu rakyat dalam menghadapi cabaran kos sara hidup melalui penyediaan teknologi nano. Program NanoMalaysia menjadi input kepada inovasi dan perintis kepada Smart Manufacturing berskala besar.

Justeru itu, NanoMalaysia selaku agensi di bawah MOSTI mengalu-alukan pengumuman kerajaan yang dilihat mampu memberi manfaat kepada rakyat melalui aplikasi teknologi nano. Ianya dapat memangkinkan kemajuan dalam bidang kecerdasan buatan atau artificiaI intelligence, nanobioteknologi, sains dan kejuruteraan bahan termaju, percetakan 3D, dan pengkomputeran kuantum untuk membawa transformasi kepada ekonomi sedunia. Potensi teknologi nano amatlah besar dan boleh diguna pakai secara meluas di pelbagai sektor pembuatan, perkhidmatan penjagaan kesihatan, pengangkutan dan infrastruktur serta pembangunan desa dan perumahan bandar. Selain itu, penggunaan teknologi nano pada kenderaan elektrik yang dimuatkan ultracapacitor yang ditambah baik dengan graphene untuk tempoh pengecasan yang pendek berupaya mengecas dalam jangka masa waktu yang singkat serta dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga berasaskan bahan api fosil.

Nanotechnology 300x220 1

Pembangunan produk-produk teknologi nano akan turut membawa manfaat melalui peranti dan perkakasan platfom keusahawanan digital untuk sumber pendapatan baru. Pergabungan teknologi nano bersama bioteknologi bagi menghasilkan Nano-Bioteknologi membolehkan pendemokrasian teknologi nano kepada pekebun kecil dan masyarakat luar bandar untuk menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan pengeluaran kepada industri pembuatan bahan nano melalui konsep ‘waste to wealth’ dengan penggunaan bahan buangan biomass seperti sekam padi dan empty fruit bunch. Pengkomersialan teknologi nano dapat
menyediakan penyelesaian terbaik untuk Ekonomi Digital yang berkos efektif seperti bahan canggih dan pelbagai guna bagi alat komunikasi dan elektronik, sistem penuaian mudah alih dan sistem penyimpanan yang bentuk kos efektif.


“NanoMalaysia akan terus menyokong usaha kerajaan merealisasikan IR 4.0 di negara ini dengan menerajui program pembangunan dan pengkomersialan produk teknologi nano di Malaysia melalui peruntukan bajet komprehensif supaya dapat meningkatkan pendapatan negara, malah dijangka akan menghasilkan harta intelek baru yang bernilai tinggi, menambah peluang pekerjaan, dan industri Malaysia yang mampu bersaing di peringkat global. Penerajuan dan permilikan harta intelek yang kompleks dan berkonsep baru oleh syarikat tempatan akan membolehkan industri Malaysia melibatkan di dalam pengeluaran produk kompleks dan pelesenan teknologi tinggi melalui joint-venture bersama syarikat yang bertaraf lebih tinggi di peringkat antarabangsa sebagai aliran pendapatan baru dan penembusan pasaran global yang akan menjanakan pertumbuhan ekonomi dan industri negara.”

Dr. Rezal Khairi Ahmad
Ketua Pegawai Eksekutif, Nanomalaysia Berhad

 

Skip to content