Skip to main content
FokusFocus December 2017 (Special Edition MCY)

Mempertingkat Keupayaan Teknologi Negara

By 2018-01-15#!30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:003330#30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30 24pm30pm-30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:0012+08:003030+08:00x302020Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +08000612066pmWednesday=321#!30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:00+08:006#June 24th, 2020#!30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:003330#/30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30#!30Wed, 24 Jun 2020 12:06:33 +0800+08:00+08:006#No Comments

7. Rizan Mimos

Penggunaan teknologi Pembuatan Pintar serta bidang-bidang teknologi teras IR 4.0 seperti Artificial Intelligence, Augmented Reality, Big Data Analytics dan Internet of Things akan melonjakkan pertumbuhan industri dan menjadikannya lebih mapan dalam mengharungi IR 4.0. Dengan peruntukan yang diberikan, MOSTI melalui MIMOS sebagai agensi yang menerajui teknologi teras IR 4.0 akan dapat menggembleng kepakaran teknologi dari dalam dan luar negara bagi mempertingkat keupayaan teknologi negara. Seterusnya, dengan lonjakan inovasi, kita akan dapat melahirkan syarikat-syarikat teknologi tempatan yang mampu bersaing di peringkat global bagi menjana pekerjaan bernilai tinggi dan sumber ekonomi baharu untuk negara.

Pengautomasian pembuatan merupakan bidang kritikal dalam meningkatkan daya saing negara. Dalam apa juga industri domestik, sudah tentunya teknologi watan yang  dikendalikan oleh tenaga mahir tempatan akan menawarkan nilai tambah yang lebih tinggi. Peruntukan geran sebanyak RM245 juta bukan sahaja dapat menaik taraf kemudahan Pembuatan Pintar, malah akan membuka peluang baharu bagi pelbagai usaha sama berimpak tinggi, termasuk dalam menyediakan latihan industri sewajarnya kepada bakat-bakat tempatan.


“MIMOS sebagai agensi peneraju dalam Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) sudahpun merangka strategi ke arah mengoptimumkan penggunaan teknologi termaju, meneroka bidang-bidang bernilai tinggi dan mencungkil bakat teknologi dan kejuruteraan dari seluruh negara.”

Ahmad Rizan Ibrahim
Presiden / Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MIMOS

Skip to content