18 Mei 2026, Cyberjaya – MOSTI telah melaksanakan Bengkel Pemurnian Kerangka Kedaulatan Teknologi Negara (πππ‘πππππ πππβππππππ¦ πππ£πππππππ‘π¦ πΉπππππ€πππ – ππππΉ) Siri 1 Tahun 2026 bertempat di Cyberview Resort & Spa, Cyberjaya.
Penganjuran bengkel ini adalah penting dalam usaha menterjemah NTSF daripada peringkat strategik kepada pelaksanaan yang lebih berkesan, di samping memperkukuh penyelarasan peranan dan tanggungjawab merentas pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, industri, institusi penyelidikan, akademia serta pemegang taruh dan pakar domain berkaitan pemacu teknologi terpilih.
Selaras dengan tema bengkel, βMemacu Penyelarasan dan Pelaksanaan Kerangka Kedaulatan Teknologi Negaraβ, pelaksanaan ini merupakan salah satu inisiatif penting dalam menghasilkan output utama bagi menentukan keutamaan pihak peneraju dari segi impak & kebolehlaksanaan, di samping menyokong pembangunan pelan tindakan serta penentuan pelaksanaan π’π π πππ π bagi kerangka tersebut.
Bengkel yang dikendalikan oleh πππππ¦π ππ πππβππππππ¦ π·ππ£ππππππππ‘ πΆπππππππ‘πππ (πππ·πΆ) selaku agensi pelaksana NTSF ini telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan turut dihadiri oleh hampir 60 peserta yang terdiri daripada pegawai Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, agensi kerajaan serta wakil industri berkaitan.
Dapatan daripada Bengkel Siri 1 ini akan menjadi asas penyelarasan perspektif nasional serta membantu mengenal pasti jurang pelaksanaan semasa untuk diperhalusi dalam bengkel Siri 2 yang akan dilaksanakan pada 15 Jun 2026.




