Skip to main content
News

Lawatan Kerja YBhg. Dato’ Ts. Dr. Ketua Setiausaha MOSTI ke MRANTI Biotech Centre, Raub, Pahang

18 Mei 2026, Raub – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah mengadakan lawatan kerja ke MRANTI Biotech Centre di Kampung Ulu Sungai, Raub, Pahang.

MRANTI Biotech Centre, Raub, merupakan pusat bioteknologi dengan nilai pelaburan asal sebanyak RM60 juta dan merangkumi keluasan 500 ekar secara keseluruhan — 20 ekar kawasan fasiliti operasi dan lebih kurang 480 ekar kawasan tanah sekeliling.
Pusat ini turut diposisikan sebagai hab utama penyelidikan dan pengkomersialan biodiversiti bernilai tinggi melalui penggunaan bioproses mampan dalam agro-bioteknologi. Inisiatif ini dijangka dapat menghasilkan pertumbuhan komersial yang konsisten, melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi serta memperkukuh pemindahan teknologi bagi memperkasa komuniti setempat dan mengoptimumkan nilai aset strategik negara pada masa hadapan.
Lawatan ini turut disertai pegawai-pegawai MOSTI dan pihak pengurusan MRANTI bagi meninjau fasiliti di tapak MRANTI Biotech Centre, Raub serta mendapatkan taklimat mengenai status semasa pusat tersebut.
Skip to content