Skip to main content
News

Forum Meja Bulat Mengenai Keselamatan Ubat-Ubatan dan Vaksin

21 Ogos 2024, Selangor – YB Dato’ Haji Mohammad Yusof Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah mempengerusikan Forum Meja Bulat Mengenai Keselamatan Ubat-Ubatan dan Vaksin pada 21 Ogos 2024 (Rabu) bertempat di Auditorium, Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT).

Forum ini merupakan sebahagian daripada program bersempena dengan Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan Ke-12 yang dianjurkan bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Forum ini bertujuan untuk mempertingkatkan kerjasama dan perkongsian maklumat bagi pembangunan ekosistem vaksin di peringkat tempatan dan serantau. Dua (2) orang panel pakar antarabangsa turut dijemput iaitu Dr. Nakorn Premsri, Pengarah National Vaccine Institute (NVI), Thailand dan En. Roy Himawan, Direktur Ketahanan Kefarmasian dan Alat Kesehatan, Kementerian Kesihatan Republik Indonesia.
Forum ini juga telah dimudah cara oleh YBrs. Dr. Mohd Azlan bin Zaharudin, Pengarah Pejabat Pengurusan Projek Pembangunan Vaksin Malaysia (MVPO) dan melibatkan 50 orang peserta yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Kementerian, Jabatan, Agensi, serta wakil industri yang terlibat dalam ekosistem pembuatan, pembangunan, dan penyelidikan vaksin di Malaysia.
Skip to content