Skip to main content
News

Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diantara Kementerian Kewangan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

22 Ogos 2024, Putrajaya – Hari ini telah berlangsung Sesi Libat Urus Cadangan Inisiatif Belanjawan 2025 diantara Kementerian Kewangan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang dipengerusikan oleh YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.
YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI turut hadir bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan serta Pegawai-pegawai MOSTI.
Sesi ini antara lainnya membincangkan usaha Kerajaan dalam merancakkan lagi sektor Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dalam menyumbang kepada ekonomi negara sekaligus menjadikan negara berpendapatan tinggi.
Selain itu, pihak Kementerian Kewangan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, YBhg. Dato’ Zamzuri bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar), Pengarah Belanjawan Negara, YBhg. Dato’ Shahrol Anuwar bin Sarman, Pengarah Pejabat Belanjawan Negara dan Pasukan Belanjawan 2025.
Skip to content