Skip to main content
News

Kampung Angkat MADANI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2024

24 Ogos 2024, Johor – Kampung Angkat MADANI Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Tahun 2024 telah dirasmikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi di Kampung Tekam, Pogoh 3, Segamat, Johor.
Dalam ucapannya, YB Menteri telah mengumumkan bahawa Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi telah memilih Kampung Tekam, Pogoh 3, Segamat, Johor sebagai Kampung Angkat MADANI MOSTI Tahun 2024 dengan pelaksanaan tiga (3)projek iaitu:
(i) Pembangunan Telaga Tiub bersama Panel Tenaga Solar oleh Agensi Angkasa Malaysia & Yayasan Inovasi Malaysia.
(ii) Lampu jalan berasaskan Tenaga Boleh Baharu (renewable energy) oleh NanoMalaysia Berhad; dan
(iii) Jeti TerapungBioKomposit oleh Agensi Nuklear Malaysia.
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan bagi pelaksanaan tiga (3) projek tersebut.
Menurut beliau, “Di peringkat MOSTI, program Kampung Angkat MADANI membukapeluang kepada Kementerian untuk memperkenalkan dan mengguna pakai teknologi-teknologi yang dibangunkan oleh agensi yang boleh memberi manfaat kepadakemudahan penduduk setempat. Ini adalah penting supaya masyarakat dapatmenikmati kemajuan sains, teknologi dan inovasi negara, seterusnya meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat.”
Program Kampung Angkat MADANI merupakan satu inisiatif kerajaan Malaysia MADANI bagi merapatkan jurang kemudahan asas dan bandar. Justeru, program ini memberi tumpuan kepada melengkapkan kemudahan-kemudahan asas termasuk bekalan air dan elektrik, jalan dan lampu jalan, perkhidmatan masyarakat dan akses internet di kawasan desa dan kampung terpinggir yang masih di bawah capaian liputan 50%.
Inisiatif ini selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang menetapkan visi untuk mewujudkan masyarakat yang mampan, inklusif dan saintifik ke arah negara berteknologi tinggi.
YB Menteri dan hadirin turut diberi penerangan dan seterusnya menyaksikan pameranreplika projek-projek yang sedang dilaksanakan di Kampung Tekam. Taklimat ini bagi memberikan pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada komuniti kampung berkaitandengan inisiatif yang telah disediakan oleh Kerajaan.
Skip to content