26 Ogos 2024, Putrajaya – Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 kian terasa. MOSTI tidak terkecuali dalam menzahirkan semangat jiwa merdeka dengan memaparkan suasana persekitaran yang dihiasi dengan semangat patriotisme dan cinta kepada negara.
Sempena Lawatan Penilaian Pertandingan Jiwa Merdeka Antara Kementerian oleh pasukan Jabatan Penerangan Malaysia pada 26 Ogos 2024, kibaran Jalur Gemilang serta pelbagai aktiviti di jalankan bagi menyemarakkan sambutan #HKHM2024. Antaranya:
Arca Jalur Gemilang
Turut memeriahkan acara bagi menunjukkan komitmen dan sokongan terhadap aktiviti sebegini ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) MOSTI serta warga MOSTI yang memakai busana pelbagai kaum yang melambangkan kepelbagaian etnik Malaysia.
MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA.