27 Mei 2023, Negeri Sembilan – Karnival Minggu Sains Negara 2023 Peringkat Negeri Sembilan merupakan anjuran bersama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Teknologi Mara Cawangan Negeri Sembilan. Karnival telah dirasmikan oleh YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan berjaya menarik lebih 1,500 penyertaan daripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pengajian tinggi serta orang awam.



