Skip to main content
News

Kunjungan Hormat Daripada Akademi Profesor Malaysia Kepada KSU MOSTI

6 Ogos 2026, Putrajaya – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Akademi Profesor Malaysia (APM) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Dato’ Seri Ir. Dr. Kamal Nasharuddin Mustapha di pejabat beliau hari ini.

Kunjungan ini bertujuan mengadakan perbincangan strategik mengenai penganjuran beberapa program kerjasama yang boleh dijalankan pada tahun 2026.
MOSTI sentiasa komited untuk memberikan sokongan dan bekerjasama rapat dengan komuniti akademia bagi memastikan penganjuran program berimpak tinggi ini berjalan lancar.
Turut hadir, YBrs. Dr. Hasnul Ambia bin Abdullah Sani, Ketua Penolong Pengarah, Pusat Maklumat Sains dan Teknologi Malaysia (MASTIC).
Skip to content