Skip to main content
News

Program Jelajah Minggu Sains Negara (MSN) 2026 Terus Menyantuni Komuniti Pedalaman di Sarawak

6 Ogos 2026, Sarawak – Program Jelajah MSN diteruskan di Belaga dengan bertemakan “STEM Catalysts 2026” yang melibatkan seramai 700 pelajar daripada 3 buah sekolah iaitu SMK Bintulu, Sekolah Kebangsaan Abun Matu dan Sekolah Kebangsaan Airport Belaga, Sarawak. Terdapat pelbagai aktiviti STEM yang dapat disertai oleh para pelajar sekolah seperti The Smart Robotic Arm, Smart Storage Bin, Misi Ekplorasi Nuklear, Build With 3D Pen, Mini Microscope, Pertunjukan Dron, Music Lab Hour of Code serta pengalaman imersif menerusi teknologi Realiti Maya. Pelaksanaan Jelajah MSN di Sarawak ini membuktikan komitmen berterusan MOSTI bersama – sama rakan strategik dalam memperluas akses pendidikan STEM, khususnya kepada pelajar di kawasan luar bandar dan pedalaman, sekali gus menyemai minat terhadap bidang sains, teknologi dan inovasi (STI). Inisiatif ini juga penting bagi memastikan agenda kemajuan STI negara dapat dinikmati secara saksama oleh segenap lapisan masyarakat. Tiada golongan yang terpinggir daripada arus pembangunan teknologi dan inovasi negara.

Skip to content