Skip to main content
News

Lawatan Kerja Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi Ke Agensi Nuklear Malaysia

Selangor, 3 Julai 2020 – Agensi Nuklear Malaysia menerima kunjungan YB Tuan  Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). YBrs Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof berkongsi maklumat mengenai fungsi, kepakaran, teknologi nuklear terkini serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di Nuklear Malaysia.

YB Timbalan Menteri dan delegasi turut berkesempatan melihat pelbagai jenis produk inovasi yang telah dibangunkan oleh pegawai penyelidik Nuklear Malaysia secara langsung. Pencapaian Malaysia dalam bidang nuklear ini telah diiktiraf dalam International Atomic Energy Agency (IAEA) Teknologi nuklear digunakan dalam kehidupan seharian antaranya dalam bidang pertanian, Nuklear Malaysia telah berjaya membuktikan melalui kajian lapangan, padi NMR 151 dan NMR 152 mampu mengeluarkan hasil sebanyak 2 kali ganda dalam tempoh masa yang lebih singkat.

Pelbagai kebaikan dan manfaat dapat disumbangkan oleh Nuklear Malaysia kepada negara menerusi kepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi dan menjadi tanggungjawab bersama untuk mengangkat bidang teknologi agar ia memberi nilai tambah kepada negara.

 

106107036 3675886679092896 5971370220501613171 o

 

 

 

 

106715945 3675888302426067 4034300717831099801 o     106179339 3675887212426176 1664026728748319150 o 106132223 3675888012426096 8242284777588029345 o 1     104945899 3675887362426161 4998900501056689817 o