Selangor, 3 Julai 2020 – Agensi Nuklear Malaysia menerima kunjungan YB Tuan Haji Ahmad Amzad Hashim Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). YBrs Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr. Mohd Abd Wahab Bin Yusof berkongsi maklumat mengenai fungsi, kepakaran, teknologi nuklear terkini serta fasiliti-fasiliti yang terdapat di Nuklear Malaysia.
YB Timbalan Menteri dan delegasi turut berkesempatan melihat pelbagai jenis produk inovasi yang telah dibangunkan oleh pegawai penyelidik Nuklear Malaysia secara langsung. Pencapaian Malaysia dalam bidang nuklear ini telah diiktiraf dalam International Atomic Energy Agency (IAEA) Teknologi nuklear digunakan dalam kehidupan seharian antaranya dalam bidang pertanian, Nuklear Malaysia telah berjaya membuktikan melalui kajian lapangan, padi NMR 151 dan NMR 152 mampu mengeluarkan hasil sebanyak 2 kali ganda dalam tempoh masa yang lebih singkat.
Pelbagai kebaikan dan manfaat dapat disumbangkan oleh Nuklear Malaysia kepada negara menerusi kepakaran dalam pelbagai sektor ekonomi dan menjadi tanggungjawab bersama untuk mengangkat bidang teknologi agar ia memberi nilai tambah kepada negara.