Skip to main content
News

Majlis Perasmian The 37th International Invention, Innovation & Technology Exhibition (ITEX) 2026

18 Mei 2026, Kuala Lumpur – YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI telah mewakili YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menyempurnakan Majlis Perasmian ITEX 2026, yang kini memasuki edisi ke-37 di Kuala Lumpur Convention Centre. Turut hadir Tan Sri Emeritus Profesor Datuk Dr. Augustine S.H. Ong, Presiden MINDS bersama Dato’ Vincent Lim, Presiden C.I.S.

Penganjuran ITEX terus menjadi platform utama yang mencerminkan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030 melalui pengukuhan R&D, pemacuan inovasi berteraskan industri serta usaha memperkukuh pengkomersialan teknologi.
Edisi tahun ini diperkasakan menerusi Program Pemecutan Pengkomersialan ITEX (iCAP) yang menawarkan peluang pembentangan berstruktur kepada pencipta dan penyelidik bagi memastikan inovasi bukan sahaja bersifat teknikal, tetapi mampu menjana peluang pekerjaan, menyokong rantaian bekalan domestik, dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
Melalui inisiatif seperti NTIS dan MRANTI, lebih 101 teknologi tempatan bernilai melebihi RM171.8 juta telah disokong untuk bersaing di peringkat global. Selain itu, program MySTI turut memperkasakan ekosistem inovasi negara dengan mengesahkan 798 produk tempatan, yang menghasilkan impak sekitar RM69.7 juta melalui perolehan kerajaan.
ITEX 2026 sekali lagi membuktikan bahawa ekosistem inovasi Malaysia terus berkembang pesat dan berpotensi besar untuk menjadi pemain utama di rantau ini seiring dengan agenda negara untuk menjadikan STI sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran masa depan.
Skip to content