Skip to main content
News

YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Menerima Kunjungan Hormat Daripada H.E Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura

9 Februari 2023, Putrajaya – YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat daripada H.E Vanu Gopala Menon, Pesuruhjaya Tinggi Republik Singapura di Kuala Lumpur.

 

Kunjungan hormat tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI, pegawai-pegawai kanan MOSTI, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) dan pegawai dari Cradle Fund Sdn. Bhd.
Perbincangan tertumpu kepada mengukuhkan kerjasama sedia ada dan meneroka peluang kerjasama dalam bidang sains, teknologi dan inovasi (STI) termasuk ekonomi hijau, teknologi hidrogen, kenderaan elektrik (EV) dan projek genom.
Malaysia dan Singapura juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dalam ekosistem syarikat pemula (start-ups) serantau melalui platform bilateral iaitu Kumpulan Kerja Inovasi – Joint Ministerial Committee for Iskandar Malaysia (JMCIM) dan platform multilateral iaitu ASEAN Committee on Science, Technology and Innovation (COSTI).
DSC 3513
Skip to content