Skip to main content
NewsCovid-19

Majlis Pelancaran Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari

By 2021-04-05#!30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:003530#30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:00-7+08:003030+08:00x30 10pm30pm-30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:007+08:003030+08:00x302021Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800337336pmThursday=321#!30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:00+08:006#June 10th, 2021#!30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:003530#/30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:00-7+08:003030+08:00x30#!30Thu, 10 Jun 2021 19:33:35 +0800+08:00+08:006#No Comments
Buku Garis Panduan Program Vaksinasi Lestari (Green Vaccination Program) telah dilancarkan pada hari ini oleh YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air bersama YB Khairy Jamaluddin, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dan YB Dato’ Sri Dr. Adham bin Baba, Menteri Kesihatan Sejak penularan pandemik COVID-19 di Malaysia pada Disember 2019 lalu, terdapat peningkatan dalam penjanaan sisa klinikal iaitu secara purata sebanyak 166.57 metrik tan sebulan. Jumlah kuantiti sisa klinikal tertinggi yang direkodkan adalah sebanyak 4,082 metrik tan pada Januari 2021 berbanding 2,478 metrik tan pada Januari 2020.
Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah bermula 24 Februari 2021 lalu akan menambahkan lagi jumlah kuantiti sisa klinikal di seluruh negara. Kementerian Alam Sekitar Dan Air menganggarkan pertambahan sebanyak 2,079 metrik tan sisa klinikal akan dihasilkan dalam tempoh 12 bulan pelaksanaan program imunisasi.
Garis panduan ini adalah dokumen khas yang merangkumi tatacara pengurusan bahan buangan klinikal, pembudayaan amalan hijau dan inisiatif pengimbangan pelepasan Gas Rumah Kaca di semua pusat pemberian vaksin dan fasiliti kesihatan yang menjalankan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Diharapkan garis panduan ini dapat memberi panduan kepada semua pemegang taruh untuk memastikan kelestarian alam sekitar terus terjamin di samping usaha memerangi penularan pandemik COVID-19 terus dijalankan.

 


Skip to content