Skip to main content
News

STEM Showcase ‘23 sempena Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Negeri Pulau Pinang

25 Ogos 2023, Pulau Pinang – Penganjuran STEM Showcase ‘23 sempena Karnival Minggu Sains Negara (MSN) 2023 peringkat Negeri Pulau Pinang menyaksikan sinergi antara Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Tech Dome Penang dalam melaksanakan inisiatif pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI).
Program yang mendapat sambutan ramai bertempat di Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang telah dirasmikan oleh YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Program ini telah berjaya menarik minat lebih 10,000 penyertaandaripada komuniti setempat yang terdiri daripada pelajar sekolah, penuntut institusi pendidikan tinggi serta orang awam.
YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang di dalam ucapannya menyatakan “Kerajaan Negeri melalui insititusi-institusi berasaskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik atau STEM iaitu Tech Dome Penang, Penang STEM, Penang Math Platform, Penang Skills Development Centre (PSDC) dan Penang Digital Library telah mempergiatkan usaha dalam menyediakan peluang pembelajaran teknikal serta akademik dalam bidang berkenaan untuk para pelajar mahupun dewasa”.
Terlebih dahulu YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dalam ucapan aluannya menyatakan “Program Minggu Sains Negara merupakan salah satu usaha MOSTI menawarkan pendidikan secara tidak formal di luar bilik darjah untuk meningkatkan minat murid terhadap aliran STEM di samping memberi lebih banyak pendedahan berkaitan pelajaran STEM dalam kehidupan seharian. Usaha ini diharap akan dapat meningkatkan kembali penglibatan para pelajar dalam aliran STEM dalam jangka masa panjang bagi mencapai misi negara berteknologi tinggi”
Penganjuran STEM Showcase ’23 bersempena dengan MSN peringkat Negeri Pulau Pinang ini dilihat sebagai salah satu usaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam menyokong inisiatif MOSTI dalam merealisasikan pembudayaan STI dengan memfokuskan kepada pembangunan bakat sains, teknologi dan inovasi berkualiti.
Antarai aktiviti menarik berteraskan STI disediakan sepanjang tempoh 2 hari program ini berlangsung, antaranya aktiviti hands-on seperti Pencerapan Matahari, Drone Challenge, Pertunjukan Sains Interaktif, Aktiviti Robotik, DIY Roket STEM, Planet Virtual Realitydan Pocket Talk STI.
Pada majlis yang sama, YAB Chow dan YB Chang turut menyaksikan acara “TechXcellence” yang merupakan sebuah program perkongsian antara Sektor Awam-Swasta melibatkan sektor industri di Pulau Pinang dalam mempamerkan teknologimasing-masing bertempat di Tech Dome Penang.
Skip to content