Skip to main content
News

Malaysia Techlympics Zon Timur

8 Ogos 2024, Pahang – YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi meluangkan masa hadir meraikan peserta-peserta Malaysia Techlympics Zon Timur seterusnya menyampaikan hadiah kepada Pemenang Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bagi kesemua Modul Pertandingan.
Hampir 1,000 orang peserta dari tiga (3) buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan telah berkumpul pada 7 dan 8 Ogos 2024 di UMPSA Malaysia, Gambang, Pahang untuk bersaing di Peringkat Zon Timur berdasarkan Modul-Modul Pertandingan Malaysia Techlympics 2024 yang berteraskan Teknologi seperti Kecerdasan Buatan (AI), Internet Pelbagai Benda (IoT), Dron, Pengkomputeran dan Mikro-Pengkomputeran, Pencetakan dan Pembangunan 3D, dan Robotik bagi melayakkan diri ke Peringkat Akhir Kebangsaan yang akan dijadual berlangsung pada bulan November 2024 di Putrajaya.
Tahniah diucapkan kepada para Pemenang dan semua peserta yang bertanding. Anda semua memang luar biasa!
Skip to content