Skip to main content
News

Mesyuarat Perancangan Strategik Semakan Separuh Penggal Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) 2022

20 Julai 2022, Cyberjaya – Hari ini telah diadakan Mesyuarat Perancangan Strategik Semakan Separuh Penggal bagi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zainal Abidin bin Abu Hassan, Ketua Setiausaha MOSTI serta di hadiri oleh Pengurusan Tertinggi, Setiausaha Bahagian/Ketua Unit, Ketua Pengarah jabatan dan Ketua Pegawai Eksekutif agensi di bawah MOSTI.

Inisiatif MOSTI bagi tahun 2022 merangkumi tujuh (7) tema strategik, 42 inisiatif dan 171 program. 7 tema strategik tersebut meliputi Teknologi, Dana, Pengkomersialan, Kecemerlangan Organisasi, Inovasi Sosial, Pembudayaan STIE dan Dasar & Peraturan.

Bagi pencapaian separuh penggal 2022, MOSTI telah berjaya merekodkan pencapaian sebanyak 52% pelaksanaan inisiatif MOSTI Tahun 2022.

Skip to content