Skip to main content
News

Perasmian Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan Seminar Pengkomersialan dan Pemindahan Teknologi

By 2013-06-13#!31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:005731#31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31 14pm31pm-31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:002+08:003131+08:00x312020Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +08005725712pmMonday=321#!31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:00+08:0012#December 14th, 2020#!31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:005731#/31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:00-2+08:003131+08:00x31#!31Mon, 14 Dec 2020 14:57:57 +0800+08:00+08:0012#No Comments

a

 

BANGI, 13 Jun – Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 dan Seminar Pengkomersialan & Pemindahan Teknologi, diadakan pada 13 Jun 2013 pada jam 8.30 pagi  bertempat di Dewan Tun Dr. Ismail, Agensi Nuklear Malaysia, Bangi. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Rosli Mohamed, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Acara yang diadakan dua tahun sekali ini bertujuan, mewujudkan perhubungan lebih erat di antara Agensi Nuklear Malaysia (Nuklear Malaysia) dengan para pelanggan. Acara ini juga diadakan bagi menghargai sokongan pelanggan terhadap aktiviti pengkomersialan yang dijalankan oleh Nuklear Malaysia, disamping mendapatkan maklumbalas serta mengenalpasti kehendak pelanggan. Maklum balas ini amat perlu dan akan dijadikan panduan untuk meningkatkan lagi kualiti khidmat dan bekalan produk, kursus, latihan, perundingan Nuklear Malaysia kepada pelanggan.

Sempena Hari Pelanggan Nuklear Malaysia 2013 ini, Seminar Pengkomersialan dan Pemindahan Teknologi akan diadakan . Acara yang julung kali diadakan ini, merupakan salah satu aktiviti promosi dan padanan perniagaan bagi perlaksanaan program pemindahan teknologi baru dari makmal atau loji ke pasaran. Beberapa produk baru hasil penyelidikan dan perkhidmatan telah dikenalpasti, berpotensi dan mempunyai nilai tinggi, ditawarkan  kepada pihak  industri untuk diterima pakai dan dikomersilkan. Dengan bimbingan dan khidmat nasihat pakar Agensi Nuklear Malaysia, pemindahan teknologi baru yang berinovasi ini, dijangka akan dapat menyumbang terus kepada pembangunan dan perkembangan industri.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung adalah pelancaran produk R&D Nuklear Malaysia dan Lawatan ke Technology Showcase, yang mempamerkan beberapa hasil atau produk penyelidikan warga Nuklear Malaysia.

Skip to content