22 Ogos 2024, Putrajaya – Perhimpunan Bulanan MOSTI bagi bulan Ogos 2024 dilaksanakan hari ini bersama YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi bertempat di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya. Perhimpunan bulanan pada kali ini diterajui oleh Pusat Maklumat Sains dan Malaysia (MASTIC).
YB Tuan Chang Lih Kang dalam ucapannya menarik perhatian warga MOSTI menghayati tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” yang melambangkan nilai kesejahteraan secara holistik, menekankan kemajuan dan progresif untuk rakyat berbilang kaum dan menyatukan hati serta teguh pada jati diri negara.
YB Menteri juga turut menekankan mengenai Amanat YAB Perdana Menteri pada MAPPA XIX mengenai Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA): Mengutamakan Prestasi Perkhidmatan Awam, Mendahulukan Kebajikan Penjawat Awam. Setiap ketua jabatan perlu memastikan suasana kerja yang kondusif serta penerapan budaya kerja yang telus dan berintegriti selaras dengan agenda Malaysia MADANI.
Hadir sama ialah YBhg. Dato’ Ts. Dr. Haji Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha MOSTI; YBhg. Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi); YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains); YBrs Tuan Ooli Gunalan a/l Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Pengarah dan CEO serta warga MOSTI, jabatan dan agensi.
Antara lain, pengisian pada Perhimpunan bulanan kali termasuklah Penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan sempena HKHM MOSTI 2024, Makluman Kenaikan Pangkat, Makluman Pegawai Keluar Masuk dan Sambutan Hari Lahir Warga MOSTI, Jabatan dan Agensi (Ogos).