11 November 2022, Putrajaya – Hari ini telah diadakan Perhimpunan Khas MOSTI di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya yang merupakan perhimpunan kali pertama bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim sejak dilantik menjadi Ketua Setiausaha MOSTI pada 15 September 2022.
Perhimpunan ini dihadiri lebih 300 orang warga MOSTI, jabatan dan agensi termasuk YBhg. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta CEO agensi-agensi di bawah MOSTI.
Dalam sesi ๐ต๐ฐ๐ธ๐ฏ๐ฉ๐ข๐ญ๐ญ ini YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. KSU menyentuh mengenai kepentingan kesatuan dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga MOSTI. Sentiasa menerapkan nilai-nilai bersama seperti yang tercatat dalam Pelan Strategik MOSTI 2021-2025 iaitu A.I.P.R.I.C.E dan 9F Budaya Kerja MOSTI.
A โ ๐๐จ๐ช๐ญ๐ช๐ต๐บ (Tangkas)
I โ ๐๐ฏ๐ต๐ฆ๐จ๐ณ๐ช๐ต๐บ (Integriti)
P โ ๐๐ฆ๐ณ๐ง๐ฐ๐ณ๐ฎ๐ข๐ฏ๐ค๐ฆ (Prestasi)
R โ ๐๐ฆ๐ด๐ฑ๐ฆ๐ค๐ต๐ง๐ถ๐ญ (Hormat)
I โ ๐๐ฏ๐ฏ๐ฐ๐ท๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (Inovasi)
C โ ๐๐ฐ๐ญ๐ญ๐ข๐ฃ๐ฐ๐ณ๐ข๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (Kolaborasi)
E โ ๐๐น๐ฆ๐ค๐ถ๐ต๐ช๐ฐ๐ฏ (Pelaksanaan)
YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU turut menegaskan kepada seluruh warga MOSTI untuk terus berpegang kepada Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Semua dasar dan pelan hala tuju yang telah dirangka perlu dilaksanakan sebaiknya dan manfaatnya sampai kepada masyarakat
YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU berharap agar #pasukanMOSTI menjadi peneraju dalam #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi. Sentiasa kehadapan, bekerjasama dengan pelbagai agensi awam dan swasta serta menjadikan STI sebagai sesuatu yang menyeronokkan. MOSTI! Luar Biasa.
Pada sesi perhimpunan khas kali ini, penghargaan turut diberikan kepada Encik Rudy bin Nurdin daripada Bahagian MASTIC dan Encik Nik Sharolbani bin Nik Rani daripada MBOT yang telah lulus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) 2022.
Turut disampaikan penghargaan dan sijil kepada warga MOSTI yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun di MOSTI dan sambutan hari lahir kakitangan MOSTI bagi bulan November 2022. Perhimpunan khas ini turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi ZOOM bagi kakitangan yang tidak dapat hadir secara fizikal.