Skip to main content
Berita

Perhimpunan Khas Bersama KSU MOSTI

11 November 2022, Putrajaya – Hari ini telah diadakan Perhimpunan Khas MOSTI di Auditorium JPA, Kompleks C, Putrajaya yang merupakan perhimpunan kali pertama bersama YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. Aminuddin Hassim sejak dilantik menjadi Ketua Setiausaha MOSTI pada 15 September 2022.

Perhimpunan ini dihadiri lebih 300 orang warga MOSTI, jabatan dan agensi termasuk YBhg. Ts. Dr. Mohd Nor Azman bin Hassan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi), YBrs. Ts. Dr. K. Nagulendran, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs. Tuan Ooli Gunalan, Setiausaha Bahagian Kanan Pengurusan, Ketua-Ketua Pengarah Jabatan serta CEO agensi-agensi di bawah MOSTI.

Dalam sesi 𝘵𝘰𝘸𝘯𝘩𝘢𝘭𝘭 ini YBhg. Datuk Ts. Dr. Hj. KSU menyentuh mengenai kepentingan kesatuan dan semangat kerja berpasukan di kalangan warga MOSTI. Sentiasa menerapkan nilai-nilai bersama seperti yang tercatat dalam Pelan Strategik MOSTI 2021-2025 iaitu A.I.P.R.I.C.E dan 9F Budaya Kerja MOSTI.

A – 𝘈𝘨𝘪𝘭𝘪𝘵𝘺 (Tangkas)
I – 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘨𝘳𝘪𝘵𝘺 (Integriti)
P – 𝘗𝘦𝘳𝘧𝘰𝘳𝘮𝘢𝘯𝘤𝘦 (Prestasi)
R – 𝘙𝘦𝘴𝘱𝘦𝘤𝘵𝘧𝘶𝘭 (Hormat)
I – 𝘐𝘯𝘯𝘰𝘷𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (Inovasi)
C – 𝘊𝘰𝘭𝘭𝘢𝘣𝘰𝘳𝘢𝘵𝘪𝘰𝘯 (Kolaborasi)
E – 𝘌𝘹𝘦𝘤𝘶𝘵𝘪𝘰𝘯 (Pelaksanaan)

YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU turut menegaskan kepada seluruh warga MOSTI untuk terus berpegang kepada Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggi pada tahun 2030. Semua dasar dan pelan hala tuju yang telah dirangka perlu dilaksanakan sebaiknya dan manfaatnya sampai kepada masyarakat

YBhg. Datuk Ts. Dr. KSU berharap agar #pasukanMOSTI menjadi peneraju dalam #MerakyatkanSains #MenginsankanTeknologi. Sentiasa kehadapan, bekerjasama dengan pelbagai agensi awam dan swasta serta menjadikan STI sebagai sesuatu yang menyeronokkan. MOSTI! Luar Biasa.

Pada sesi perhimpunan khas kali ini, penghargaan turut diberikan kepada Encik Rudy bin Nurdin daripada Bahagian MASTIC dan Encik Nik Sharolbani bin Nik Rani daripada MBOT yang telah lulus Sijil Pentauliahan Perolehan Kerajaan (SPPK) 2022.

Turut disampaikan penghargaan dan sijil kepada warga MOSTI yang telah berkhidmat melebihi 15 tahun di MOSTI dan sambutan hari lahir kakitangan MOSTI bagi bulan November 2022. Perhimpunan khas ini turut disiarkan secara langsung melalui aplikasi ZOOM bagi kakitangan yang tidak dapat hadir secara fizikal.

 

DSC 4150            DSC 4161

 

DSC 4192            DSC 4139

Skip to content