Skip to main content
News

Program Jelajah Minggu Sains Negara (MSN) 2026 di SMK Bintulu, Sarawak

4 Ogos 2026, Bintulu – Program Jelajah MSN@Bintulu bertemakan “STEM Catalysts 2026” pula berjaya menarik penyertaan seramai 2,720 pelajar daripada 19 buah sekolah sekitar Bintulu. Selain aktiviti STEM interaktif seperti The Smart Robotic Arm, Music Lab Hour of Code, Program Advokasi Nuklear, Build With 3D Pen, Mini Microscope dan Pertunjukan Dron, para peserta turut berpeluang meneroka pengalaman pembelajaran melalui Petrosains Play Smart. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Bioeconomy Corporation (BEC), Petrosains, Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC), Persatuan Kebajikan Rolf Schnyder dan Kancil Sains Malaysia. Menerusi siri jelajah ini, Minggu Sains Negara 2026 terus memperluaskan akses kepada pendidikan STEM berkualiti, sekali gus menyemarakkan minat dan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan sains, teknologi dan inovasi dalam membentuk masa depan negara.

Skip to content