Skip to main content
News

Seminar Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan (RMNK) 2026

11 November 2026, Kuala Terengganu – Seminar Rangkaian Makmal Nanoteknologi Kebangsaan 2026 (RMNK 2026) Siri Ketiga di Zon Timur telah disempurnakan oleh YBrs. Prof. Madya Ir. Dr. Ahmad Mukifza bin Harun, Pengarah Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC), MOSTI di Auditorium Sulaiman, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Seminar ini menghimpunkan para penyelidik, ahli akademik, dif-dif jemputan, serta wakil industri bagi memperkukuh pemanfaatan fasiliti penyelidikan dan kepakaran nanoteknologi negara.
Penganjuran ini merupakan inisiatif strategik UMT selaku tuan rumah bersempena sambutan 25 tahun menerajui Agenda Ekonomi Biru Negara, bersama NNC, Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, Kumpulan Penyelidikan Bahan Nano Termaju (ANoMa), MASS Chapter UMT serta UMT Consultancy Services. Bertemakan “Inovasi Nanoteknologi: Pemangkin Pembangunan Mampan”, seminar ini menyokong pelaksanaan Pelan Tindakan 2.3.1 Dasar dan Strategi Nanoteknologi Negara 2021–2030 (DSNN 2021–2030) yang selari dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara 2021–2030 (DSTIN 2021–2030).
Seminar ini memberi fokus kepada pemerkasaan inisiatif RMNK 2.0 yang kini menghubungkan 45 organisasi strategik, 323 makmal, 714 fasiliti peralatan dan 376 pakar nanoteknologi bagi memacu fabrikasi, perkongsian sumber R&D pintar, pengoptimuman kos penyelidikan tempatan, serta merapatkan jurang antara penemuan makmal dengan keperluan industri mampan untuk memperkukuh ekosistem teknologi termaju tempatan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Foto kredit : Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Skip to content