Skip to main content
News

Sesi Sembang Santai Bil. 24/2026

6 November 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai hari ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg. Datin Safida Zalma binti Mohd Piah, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan) MOSTI, YBrs. Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) dan warga MOSTI yang berkelapangan pada hari ini di Atrium Peterana, Blok C5 MOSTI.
Sesi perkongsian hari ini telah disampaikan oleh YBrs. Encik Ismarul Nizam Bin Ismail@ Abdul Kadir, dari Pusat Nanoteknologi Kebangsaan dengan tajuk “Nanotechnology Behind The Chip War”. Perkongsian hari ini memberi tumpuan kepada cabaran dan peluang dalam industri semikonduktor, di samping memberi pendedahan mendalam tentang teknologi di sebalik konflik cip dunia hari ini.
Perkongsian pada kali ini sangat memberi manfaat dan membuka minda pada warga MOSTI akan pentingnya penguasaan teknologi termaju dalam menghadapi cabaran geopolitik dunia hari ini.
Skip to content