10 Julai 2026, Putrajaya – Sesi Sembang Santai Bil. 9/2026 telah berlangsung di Atrium Peterena, C5 pada hari ini dan disertai oleh warga MOSTI, sekali gus mencerminkan komitmen terhadap pembudayaan perkongsian ilmu di kementerian ini.
Sesi pada pagi ini dimulakan dengan aktiviti senaman X-Break serta perkongsian ilmu yang bertajuk “MySTI Bridge: Dari R&D ke Perolehan Kerajaan” iaitu Encik Kalaichelvan Balakrishnan, wakil daripada Bahagian Pemindahan Teknologi dan Pengkomersialan R&D.
Turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, barisan pengurusan tertinggi serta warga MOSTI yang berkelapangan.




