Skip to main content
News

Sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT)

9 Julai 2026, Kuala Lumpur – YB Datuk Chang Lih Kang Menteri MOSTI telah menjawab soalan yang dibangkitkan oleh YB Dato’ Wira Dr. Ku Abd Rahman bin Ku Ismail, Ahli Parlimen Kubang Pasu semasa sesi waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di, Parlimen, Malaysia.
MOSTI telah memperincikan peranan Malaysia Science Endowment (MSE) termasuk peranan Malaysia Advanced Packaging Consortium (MAPC) untuk mencapai sasaran tujuh peratus (7%) pasaran pembungkusan termaju global bagi ekosistem semikonduktor negara serta membangunkan daya saing Malaysia dalam nilaian global.
MOSTI yakin bahawa pelaksanaan MAPC bukan sekadar menghasilkan teknologi pembungkusan termaju pertama Malaysia, malah menjadi pemangkin kepada transformasi industri semikonduktor negara ke arah aktiviti bernilai tambah tinggi.
Skip to content