Skip to main content
FokusFocus December 2017 (Special Edition MCY)

Memangkinkan Pertumbuhan dan Daya Saing PKS

By 2018-01-15#!30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:003730#30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30 24pm30pm-30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:0012+08:003030+08:00x302020Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +08000212026pmWednesday=321#!30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:00+08:006#June 24th, 2020#!30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:003730#/30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:00-12+08:003030+08:00x30#!30Wed, 24 Jun 2020 12:02:37 +0800+08:00+08:006#No Comments

Pameran 300x209 1Di SIRIM, inisiatif IR 4.0 adalah berteraskan standard antarabangsa dan didorong oleh aplikasi teknologi teras seperti autonomous robotsmart manufacturingsimulation and Internet of Things (IoT), serta disokong oleh pemboleh (enabler) seperti standard-kualiti-akreditasi- metrologi, teknologi bahan termaju dan additive manufacturing.

Pelaksanaan rantaian nilai IR 4.0 di SIRIM adalah berasaskan keperluan pasaran, dan dilaksanakan melalui pelbagai program. SIRIM akan menggunakan konsep sandbox untuk menguji produk-produk inovatif yang akan menekankan aspek-aspek seperti createengageenable and innovate. Beberapa pihak telah dikenal pasti sebagai rakan strategik untuk pelaksanaan projek- projek IR 4.0 yang berkaitan.

Pelaksanaan Program SIRIM-Fraunhofer akan diteruskan pada tahun 2018 bagi menganjak PKS ke rantaian nilai inovasi dengan lebih cepat dan bersedia memacu pengkomersialan dan R&D. Program yang dilaksanakan sejak 2015 ini memberi penekanan kepada pengenalpastian masalah PKS melalui Audit Teknologi dan seterusnya menyelesaikan masalah yang dikenal pasti melalui perkhidmatan teknologi dan inovasi.


8. fazil SIRIM“Saya berharap pihak industri, pembekal teknologi, akademia, GLC dan pembiaya perniagaan untuk menjalankan kerjasama dengan SIRIM bagi menjayakan program ini dan seterusnya membolehkan industri seperti pembuatan, perkhidmatan dan lain-lain mendapat manfaat jangka panjang. Bagi mengekalkan daya saing Malaysia, saya percaya hala tuju masa hadapan adalah untuk memberi tumpuan kepada inovasi. Sehubungan itu, untuk terus memupuk teknologi dan berinovasi, MOSTI juga terus memberi kepercayaan kepada SIRIM untuk melakar dan memangkinkan pertumbuhan dan daya saing sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).”

Prof. Ir. Dr. Ahmad Fadzil Mohamad Hani
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM

Skip to content