Skip to main content
FokusFocus December 2017 (Special Edition MCY)

Revolusi Industri Keempat (IR 4.0)

By 2018-01-15#!30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:005230#30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:00-11+08:003030+08:00x30 24am30am-30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:0011+08:003030+08:00x302020Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +08005411546amWednesday=321#!30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:00+08:006#June 24th, 2020#!30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:005230#/30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:00-11+08:003030+08:00x30#!30Wed, 24 Jun 2020 11:54:52 +0800+08:00+08:006#No Comments

MOSTI melalui beberapa buah agensi di bawah  kementerian ini sedang dalam perancangan untuk menubuhkan Centre of Excellence for Industry 4.0 yang bakal menggembleng kepakaran sedia ada dalam  pelbagai bidang seperti penstandardan, teknologi, keselamatan siber, Big Data and Cloud Computing”. Pakar-pakar teknologi negara dan antarabangsa sama ada dari pihak akademik, agensi dan industri akan digabungkan bagi menghasilkan lebih banyak teknologi baru dan juga syarikat- syarikat teknologi  tempatan yang mampu berdaya saing di persada global.

Jika disoroti sejarah perkembangan revolusi industri di dunia, Revolusi Industri 1.0 telah bermula pada tahun 1712 dengan memperkenalkan enjin wap dan peralatan mekanikal. Revolusi Industri 2.0 pada tahun 1870 pula telah mencipta elektrik dan mencetuskan pengeluaran secara besar- besaran. Perkembangan dilanjutkan kepada Revolusi Industri 3.0 pada tahun 1969 yang telah membangunkan elektronik dan ICT. Pembangunan teknologi  ICT dan internet yang pesat pada masa kini telah mempercepatkan proses peralihan kepada Revolusi Industri Keempat (IR 4.0) Professor Klaus Schwab, pengasas dan pengarah eksekutif the World Economic Forum (WEF) telah menerbitkan buku yang berkaitan IR 4.0 pada tahun 2016. Dalam kenyataannya beliau berpandangan bahawa IR 4.0 ini berbeza pada dasarnya daripada tiga revolusi sebelumnya kerana ia melibatkan teknologi tinggi yang jauh terkedepan dan terangkum.

Persoalan yang timbul sekarang ialah adakah kita sudah bersedia? Mampukah struktur tadbir urus, perundangan, model perniagaan dan modal insan sedia ada menyokong pelaksanaan IR 4.0?  Cabaran IR 4.0 yang harus diberi perhatian untuk ditangani ialah meningkatkan pengetahuan, pembangunan bakat, kreativiti dan juga inovasi. Rakyat Malaysia juga harus menyedari bahawa, dalam menghadapi cabaran IR 4.0, sains dan teknologi adalah asas atau tulang belakang kepada kebangkitan berkenaan. Tanpa sains dan teknologi, pencetakan 3-D, artificial intelligencevirtual reality and augmented reality yang menjadi asas dalam IR 4.0 tidak dapat direalisasikan.

Kerajaan amat memandang serius berkaitan perkara ini. YAB Perdana Menteri telah meletakkan penanda aras baharu yang mana Malaysia perlu berada pada kedudukan ke 20 negara terbaik di dunia menjelang tahun 2050. Inisiatif untuk memperkasakan agenda STI negara hendaklah dilaksanakan secara bersepadu agar ia memberi impak yang lebih luas.


YBhg. Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Haji Yahaya Ketua Setiausaha“Bajet 2018 yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 27 Oktober yang lalu merupakan bajet yang sangat menyeluruh sifatnya. Lapan petunjang yang mendasari bajet tersebut telah menyentuh setiap aspek ekonomi, sosial dan kemasyarakatan serta kesejahteraan rakyat. Satu yang agak istimewa dalam bajet ini ialah ia tidak sekadar menyentuh perkara yang berkaitan dengan duniawi semata-mata tetapi turut merangkumi aspek ukhrawi. Dalam bajet tersebut, terdapat dua petunjang yang melibatkan MOSTI iaitu petunjang  kedua dan petunjang keenam. Dalam petunjang kedua, Kementerian Pendidikan Malaysia dan MOSTI melalui Akademi Sains Malaysia telah diberi mandat dalam mengkoordinasi penubuhan Pusat Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bertujuan membentuk kaedah pembelajaran terkini bagi melatih guru pakar STEM. Dalam petunjang keenam pula, MOSTI akan menyumbang kepada pelaksanaan inisiatif berkaitan dengan Revolusi Industri Keempat (IR 4.0), termasuk ekonomi digital dan perkilangan pintar. Ternyata Bajet 2018 adalah satu pendekatan holistik bukan sahaja bagi menangani cabaran masa kini tetapi melangkaui langkah-langkah mendepani hala tuju masa depan.”

Skip to content