Skip to main content
Berita

Amanat Tahun Baharu 2026 Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

15 Januari 2026, Cyberjaya – MOSTI bukan sekadar kementerian teknologi, MOSTI adalah pembina masa depan negara. Ini antara intipati ucapan YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang menggariskan hala tuju dan keutamaan strategik berpaksikan pendekatan mission-oriented, berasaskan rakyat, serta ditunjangi integriti dan ketelusan. Ini dihasratkan semasa Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di MRANTI Park, Kuala Lumpur.
Antara penekanan utama adalah :
🔹 Raise the Ceiling, Raise the Floor
🔹 Mengikis kerja berasingan (silo)
🔹 Freedom of Information (FOI) sebagai Asas Ketelusan
🔹 Tadbir Urus, Integriti & Pembanterasan Rasuah
YB Menteri turut melancarkan Laporan STI Foresight 2025–2040: Future of STEM Talent in Malaysia dan Laporan Indeks Inovasi Malaysia (MII) 2025. Kedua-dua laporan ini menjadi rujukan utama dalam merangka dasar dan intervensi strategik untuk membangunkan bakat masa depan serta memperkukuh ekosistem inovasi negara.
Majlis turut dihadiri YB Dato’ Dr Haji Mohammad Yusof bin Apdal, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YBhg Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha MOSTI, YBhg Dato’Ruziah binti Hj Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), YBrs Puan Norsham binti Abdul Latip, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan Teknologi) MOSTI dan YBrs Encik Ooli Gunalan A\L Manickam, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) MOSTI, Ketua-ketua Jabatan serta Agensi di bawah MOSTI.
Skip to content