PENGENALAN

Penubuhan Malaysia Science Endowment (MSE) merupakan salah satu daripada sepuluh inisiatif yang digariskan di bawah Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Negara (DSTIN) 2021-2030 dan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), di bawah Strategi C1, untuk melonjakkan sains, teknologi, inovasi dan ekonomi (STIE).

MSE telah diluluskan oleh Kabinet pada 23 Disember 2020, dengan Akademi Sains Malaysia (ASM) sebagai agensi pelaksananya. Kelulusan selanjutnya diperoleh apabila ia diluluskan di Parlimen pada 4 Ogos 2022. Susulan itu, Kementerian Kewangan meluluskan “Surat Ikatan Amanah” pada 11 Ogos 2023 yang secara rasminya mewujudkan rangka kerja undang-undang dan operasi untuk MSE.

MSE bertujuan untuk meningkatkan akses kepada pembiayaan alternatif yang mampan untuk aktiviti berkaitan sains, teknologi dan inovasi (STI). Matlamat ini dicapai melalui mekanisme pembiayaan inovatif, termasuk geran padanan, pembiayaan ramai (crowdfunding), wakaf dan modal teroka. Dengan menggalakkan kerjasama dengan industri dan rakan kongsi antarabangsa, MSE berusaha untuk mewujudkan ekosistem yang mantap dan mampan untuk kemajuan STI di Malaysia.

Infografik Model Hibrid

STRUKTUR TADBIR URUS

Struktur Tadbir Urus MSE

STRATEGI

Tonggak Strategik MSE

HUBUNGI KAMI

Telefon : +6 (03) 6203 0633
E-mel : mse@akademisains.gov.my

Tingkat 20, Sayap Barat, Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
off Jalan Tuanku Abdul Halim,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia