Malaysia Madani

Inovasi merupakan satu elemen penting dalam memacu aspirasi negara ke arah mencapai sasaran menjadi negara membangun yang terangkum dan mapan di samping mempromosikan kesejahteraan rakyat. Dalam hubungan ini, MOSTI telah memperkenalkan satu inisiatif flagship bagi memangkinkan dan menyemarakkan budaya inovasi di kalangan rakyat Malaysia. Program ini dikenali sebagai Innovators’ Dynamic (ID).

Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat.