Header Microsite NSC

Majlis Sains Negara berperanan dalam pembentukan dasar dan pembangunan strategi untuk mempertingkatkan keupayaan STI negara dalam menjana kesejahteraan rakyat, pembangunan sosioekonomi dan kelestarian daya saing negara.

 

PENGENALAN

Majlis Sains Negara (National Science Council – NSC) telah ditubuhkan dengan persetujuan Jemaah Menteri pada 22 September 2015. NSC bertindak sebagai sebuah jawatankuasa tertinggi di peringkat kebangsaan dalam tadbir urus Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) negara.

NSC juga memberi tumpuan kepada pembentukan dasar dan pembangunan strategi untuk mempertingkatkan keupayaan STI negara dalam menjana kesejahteraan rakyat, pembangunan sosioekonomi dan kelestarian daya saing negara.


TERMA RUJUKAN MAJLIS SAINS NEGARA

  1. Menetapkan hala tuju dasar sains, teknologi dan inovasi dalam strategi pembangunan negara;
  2. Menetapkan perkara dasar dan peranan sains, teknologi dan inovasi kepada pemegang taruh dengan mengambil kira ciri-ciri kepelbagaian disiplin (multidiscipline);
  3. Mengenal pasti pelaburan R&D dalam bidang STI keutamaan negara serta bidang-bidang STI terkini dan baharu muncul (new and emerging);
  4. Memantau pelaksanaan dan prestasi pelaksanaan strategi dan pelan tindakan yang berkaitan dengan agenda STI negara;
  5. Menjadi platform untuk memperkasakan peranan pihak industri dalam pembangunan R&D negara; dan
  6. Mengukuh ekosistem STI melalui penyediaan sumber yang mencukupi, pembangunan bakat STI, menggalakkan program-program yang memanfaatkan hasil aktiviti-aktiviti R,D&C dan inovasi, dan program/aktiviti pembudayaan STI, program perubahan minda dan pembudayaan pemikiran saintifik.

KEKERAPAN MESYUARAT

Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

AHLI-AHLI MAJLIS SAINS NEGARA TAHUN 2022 - 2024

YAB Dato Ismail Sabri Bin Yaakob

YAB Dato’ Ismail Sabri Bin Yaakob
Pengerusi
Perdana Menteri Malaysia

URUS SETIA MESYUARAT

Sebarang pertanyaan, cadangan & aduan mengenai Mesyuarat Majlis Sains Negara boleh menghubungi:

Sekretariat Majlis Sains Negara
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI)
Aras 6, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya, MALAYSIA

Tel: 03-8885 8531 / 03-8885 8523
Faks: 03-8889 3008
E-mel: majlissainsnegara@mosti.gov.my

MEDIA

Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2020

Mesyuarat Majlis Sains Bilangan 1 Tahun 2020 telah diadakan pada 3 Februari 2020 yang  dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Keahlian NSC yang dilantik oleh YAB Perdana Menteri, terdiri daripada menteri-menteri terpilih, Ketua Setiausaha Negara, tokoh-tokoh teknokrat, pertubuhan industri, captains of industri, dan akademia.

Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 2 Tahun 2020

Mesyuarat NSC Bilangan 2 Tahun 2020 telah diadakan pada 14 Julai dan dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin di Parlimen.

Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2021

Mesyuarat NSC Bilangan 2 Tahun 2021 telah diadakan pada 23 Februari 2021 dan dipengerusikan oleh mantan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin. Mesyuarat ini dihadiri oleh ahli-ahli Majlis Sains Negara secara maya.

Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2022

MUAT TURUN MEDIA

Sila tekan butang yang disediakan untuk memuat turun dokumen mesyuarat yang berkaitan.

Dokumen Mesyuarat Majlis Sains Negara Bilangan 1 Tahun 2022