Skip to main content

logo citfCOVID-19 Immunisation Task Force (CITF) ditubuhkan pada 3 Februari 2021 dengan diketuai oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi sebagai Menteri Penyelaras bagi memastikan kelancaran Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) untuk menyegerakan vaksinasi ke atas populasi dewasa negara. CITF di bawah kendalian MOSTI secara rasminya ditamatkan operasinya pada 31 Oktober 2021 yang mana sebanyak 95.5% populasi dewasa negara telah lengkap divaksinasi. Laman ini bertujuan untuk berkongsi maklumat tadbir urus pengoperasian CITF termasuk standard operating procedure, garis panduan serta perkara lain bagi kegunaan bersama.

Maklumat yang dikongsi ini dikemaskini sehingga 31 Oktober 2021 sahaja. Urusan imunisasi kini diteruskan sepenuhnya oleh Kementerian Kesihatan dan status semasa program boleh dirujuk di laman web [CovidNow].

pengenalan citf

Perancangan penubuhan CITF adalah berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 20 Januari 2021 bahawa:

  1. Vaksinasi kepada penduduk Malaysia yang ramai melibatkan pengurusan rangkaian bekalan yang besar dan kompleks. Walau bagaimanapun, ini boleh dilakukan sekiranya perancangan dan koordinasi yang rapi serta tersusun dapat dibuat dalam memastikan pelaksanaan PICK berjalan dengan lancar. Ini termasuk keperluan mengenal pasti lokasi vaksinasi, ketersediaan infrastruktur dan keupayaan logistik serta kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan-kerajaan Negeri dan;
  2. Bagi memastikan vaksinasi dapat dibuat dengan sempurna, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan menguruskan pelaksanaan PICK daripada aspek bukan perkhidmatan kesihatan khususnya isu-isu berkaitan logistik dan penyelarasan dengan negeri-negeri dan agensi-agensi Kerajaan. Kementerian Kesihatan perlu terus menumpukan kepada fungsi-fungsi perkhidmatan kesihatan dalam menangani penularan wabak COVID-19.

Dalam melaksanakan fungsi tersebut, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah dilantik oleh YAB Perdana Menteri sebagai Menteri Penyelaras dan sekaligus mengetuai CITF, disamping juga mempengerusi secara bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dengan Menteri Kesihatan.

TUJUAN

  1. Menangani pandemik wabak COVID-19 melalui inisiatif imunisasi seluruh masyarakat di dalam negara;
  2. Bagi mempercepatkan pemulihan ekonomi negara; dan
  3. Koordinasi Persekutuan dan Negeri serta perkhidmatan sokongan kepada PICK.

PERANAN

  1. Bertanggungjawab dalam penyelarasan pelaksanaan PICK;
  2. Koordinasi pelbagai strategi dan tindakan pelaksanaan di antara peringkat Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta agensi swasta;
  3. Mobilisasi penjawat awam dan sukarelawan ke lokasi-lokasi yang terlibat untuk mengendalikan fasiliti dan pusat pemberian vaksin yang ditetapkan; dan
  4. Meningkatkan pemantauan serta koordinasi berkesan PICK melalui penggunaan analisis geo-data raya.
tujuan penubuhan

Pengerusi:

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi
(Dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi dengan Menteri Kesihatan pada September 2021)

Keurussetiaan:

  1. Pengarah Bersama, Project Management Team
    Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia
    Timbalan Panglima Tentera Darat, Angkatan Tentera Malaysia
  2. Ketua Sekretariat, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

Urus Setia Bersama:

  1. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi;
  2. Kementerian Kesihatan Malaysia;
  3. Majlis Keselamatan Negara; dan
  4. Angkatan Tentera Malaysia.

Ahli:

  1. Majlis Keselamatan Negara
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam
  3. Kementerian Kewangan
  4. Kementerian Kesihatan Malaysia
  5. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
  6. Kementerian Luar Negeri
  7. Kementerian Dalam Negeri
  8. Kementerian Pertahanan
  9. Kementerian Sumber Manusia
  10. Kementerian Pengangkutan
  11. Kementerian Belia dan Sukan
  12. Kementerian Pengajian Tinggi
  13. Kementerian Komunikasi dan Multimedia
  14. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
  15. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
  16. Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  17. CITF Negeri
  18. Kementerian/Jabatan lain mengikut keperluan

CITF bertindak sebagai jawatankuasa penyelaras dalam memantau kerangka kerja dan strategi keseluruhan bagi menyokong pelaksanaan PICK. Urusan-urusan utama adalah termasuk:

  1. Merancang, melaksana, memantau pembekalan dan pengagihan vaksin, enrolmen vaksinasi, penyediaan pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin, pelaporan KPI vaksinasi serta pengurusan risiko sepanjang pelaksanaan program;
  2. Melantik dan mengerahkan ahli, tenaga pakar, juruperunding dari pihak Kerajaan mahupun swasta dalam pelaksanaan tindakan serta menentukan sumber peruntukan untuk melaksanakan tugas;
  3. Memutuskan solusi dan intervensi yang diperlukan dalam menangani isu-isu utama dan cabaran dalam pelaksanaan; dan
  4. Bertanggungjawab melaporkan kemajuan secara berkala tindakan setiap unit kerja di bawah CITF ke Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara.

Operasi CITF akan dijalankan secara sepenuh masa (untuk tempoh antara 6 bulan sehingga 2 tahun) yang terdiri daripada pasukan petugas yang melibatkan perwakilan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang berkaitan.

  • Memastikan PICK dapat dilaksanakan bagi melengkapkan imunisasi penduduk Malaysia dan akhirnya membendung pandemik ini;
  •  Memastikan koordinasi dan kerjasama secara kolaboratif menerusi pendekatan Whole-of-Government di semua peringkat dan pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri dan Badan Bukan Kerajaan merangkumi komponen fasilitasi & pelaksanaan pelan imunisasi dan tenaga kerja pelaksanaan bagi memastikan akses dan pemberian vaksin yang selamat, selesa dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;
  • Memastikan sasaran Kerajaan untuk melaksanakan imunisasi populasi Malaysia yang diputuskan dan dipersetujui oleh Jemaah Menteri dari semasa ke semasa dapat dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan mulai penghujung Februari 2021 hingga Mac 2022;
  • Membangunkan pasukan yang terdiri daripada pelbagai Kementerian dan Agensi Kerajaan, Kerajaan Negeri dan kumpulan saintis data negara dengan menggunapakai teknologi dan kepakaran untuk mengenal pasti Pusat Simpanan Vaksin (PSV) dan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang sesuai mengikut taburan sebenar penduduk;
  • Memastikan platform bersepadu disediakan yang dapat merangkumi keseluruhan proses bagi PICK dilaksanakan dengan cekap dan tepat;
  • Memastikan pembekalan dan pengagihan vaksin, enrolmen vaksinasi, penyediaan pusat penyimpanan vaksin dan pusat pemberian vaksin dirancang dan dilaksanakan mengikut sasaran KPI
    vaksinasi dengan penyediaan pengurusan risiko yang menyeluruh sepanjang pelaksanaan program imunisasi COVID-19;
  • Memastikan aspek integriti dan keselamatan disediakan dan diterapkan dalam operasi pemvaksinan termasuk pengangkutan, penghantaran, penyimpanan dan pemberian bagi mengelakkan
    gangguan daripada unsur-unsur yang tidak diingini;
  • Mempengerusikan Mesyuarat CITF sebagai mekanisme pelaksanaan PICK; dan
  • Bertanggungjawab melaporkan kemajuan berkala kepada Jemaah Menteri.
Skip to content