logo portal MOSTI transparent

Selamat Datang ke Laman Mini (Microsite)

Minggu Sains Negara

msn2020Minat terhadap bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) dalam kalangan pelajar perlu diberikan perhatian serius. Perkara ini penting bagi memastikan negara mempunyai modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran selari dengan keperluan negara menjelang 2050. Bagi memastikan keperluan modal insan ini tercapai, pembudayaan inovasi dan kreativiti pada semua peringkat masyarakat perlu dipergiat menerusi pelaksanaan program dan aktiviti berteraskan sains, teknologi dan inovasi (STI). Penglibatan menyeluruh semua pihak seperti pihak guru, pelajar, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan dan industri diyakini dapat meningkatkan kesedaran dan minat terhadap kepentingan STI. Bagi memberi impak yang lebih besar dan menyeluruh, satu minggu khas perlu dikhususkan sebagai salah satu inisiatif untuk menyemarakkan gerakan sains kebangsaan. Berikutan itu, Kerajaan telah menetapkan Minggu Sains Negara disambut pada minggu pertama bulan April setiap tahun bermula pada tahun 2018. Sambutan Minggu Sains Negara ini adalah selari dengan sambutan World Science Day yang dianjurkan oleh United Nations Organization for Education, Science and Culture (UNESCO) semenjak tahun 2002 yang turut diamalkan di beberapa buah negara seperti Afrika Selatan, Republik Rakyat China, Kanada, Norway dan United Kingdom. Selain itu, negara-negara seperti India dan Thailand pula memperuntukkan satu hari sahaja bagi sambutan hari sains.

Minggu Sains Negara 2021

Minggu Sains Negara 2021

| Minggu Sains Negara | No Comments
Penganjuran Minggu Sains Negara 2021 Penganjuran Minggu Sains Negara merupakan salah satu daripada inisiatif MOSTI dalam usaha menyemarakkan aktiviti inovasi dan kreativiti negara selari dengan Pelan Tindakan Dasar Sains, Teknologi…
MSNbanner 3

Minggu Sains Negara 2020

| Minggu Sains Negara | No Comments
Penganjuran Minggu Sains Negara 2020   Rentetan kejayaan pelaksanaan Minggu Sains Negara 2019, MOSTI meneruskan penganjuran program ini pada tahun 2020 dalam usaha menyemarakkan lagi aktiviti inovasi dan kreativiti negara. Penganjuran Minggu Sains…
Featured MSN 2019

Minggu Sains Negara 2019

| Minggu Sains Negara | No Comments
Penganjuran Minggu Sains Negara 2019 Dengan tema “Sains untuk Kesejahteraan”, Minggu Sains Negara dianjurkan sekali lagi di seluruh negara pada tahun ini. Memasuki tahun kedua penganjurannya, Minggu Sains Negara 2019 menampilkan sedikit perbezaan…
MSN 2018

Minggu Sains Negara 2018

| Minggu Sains Negara | No Comments
  Minggu Sains Negara bagi tahun 2018 telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama dan sokongan daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah-sekolah, institusi pendidikan tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO),…

Objektif Utama Minggu Sains Negara

Meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan STI dalam kehidupan seharian

Menarik minat dan meningkatkan bilangan pelajar yang memilih jurusan STEM selaras dengan agenda STEM Negara

Menghargai dan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan dalam bidang sains

Sasaran Minggu Sains Negara

Pelbagai lapisan masyarakat seperti pelajar (sekolah/siswazah pusat pengajian tinggi), pendidik, saintis, belia, sektor awam, badan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta.