Menguruskan dan Mengagihkan Dana R&D&C
- Memproses Dan Memaklumkan Keputusan Permohonan Dana Dalam Tempoh 45 Hari Dari Tarikh Pengesahan Penerimaan Permohonan Lengkap;
- Memuktamadkan Dokumen Perjanjian Dengan Penerima Dana Dalam Tempoh 30 Hari Dari Tarikh Penerimaan Surat Setuju Terima Dan Jadual Perincian Milestone Yang Dipersetujui Oleh Bahagian Dana;
- Arahan Pembayaran Pendahuluan Kepada Bahagian Kewangan Dalam Tempoh 7 Hari Selepas Penerimaan Dokumen Pembayaran Yang Lengkap; Dan
- Arahan Pembayaran Kemajuan Projek Kepada Bahagian Kewangan Dalam Tempoh 7 Hari Dari Tarikh Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Yang Berkenaan Dan Tertakluk Kepada Penerimaan Dokumen Lengkap.
Meningkatkan Bilangan dan Kualiti Modal Insan STI
- Memproses dan membuat keputusan ke atas Permohonan dana Pembangunan Modal Insan (HCD) dalam tempoh 45 hari dari tarikh penerimaan dan permohonan lengkap.
- Memaklumkan keputusan dana HCD dalam tempoh 7 hari dari tarikh keputusan diperolehi.
Menyebarluaskan Data dan Maklumat Mengenai Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) Negara
- Memastikan data dan maklumat STI atas talian sentiasa terkini.
- Memberi maklum balas ke atas permohonan mendapatkan data dan perkhidmatan STI dalam tempoh tiga hari bekerja.
Meningkatkan Penyampaian Khidmat Pelanggan
- Memberi maklumbalas awal kepada aduan dalam tempoh 3 hari bekerja aduan diterima.
- Memproses dan membayar bil dan invois dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
- Memastikan ketersediaan capaian Portal Rasmi sentiasa tidak kurang dari 99.5%.
- Memberi maklum balas terhadap aduan ketidakcapaian Portal Rasmi dalam masa 1 jam selepas penerimaan aduan.
Pencapaian Piagam Pelanggan MOSTI dikemaskini setiap tiga bulan