PROGRAM LATIHAN INDUSTRI

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan peluang latihan industri kepada pelajar-pelajar warganegara Malaysia daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta dalam dan luar negara.

Tawaran ini dibuka kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Diploma atau Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf.

Latihan industri di ibu pejabat MOSTI menekan aspek pengurusan tanpa melibatkan aktiviti teknikal / makmal.

Bidang pengajian yang dicari adalah seperti berikut >>

Sains & Teknologi

Sains Komputer / Teknologi Maklumat / Multimedia

Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Komunikasi Korporat / Media Massa

Psikologi / Kaunseling

Pengurusan Strategik

Cara Memohon

Pelajar boleh memohon dengan mengemukakan dokumen berikut:

  • Surat permohonan pelajar
  • Resume pelajar
  • Surat rasmi daripada IPTA/IPTS*
  • Transkrip pengajian*

(* Dokumen dalam format PDF/JPEG jika dihantar melalui emel)

Permohonan perlu dikemukakan ke alamat berikut:

Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
Aras 5, Blok C4, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62662 Putrajaya
(u.p.: Seksyen Pembangunan Sumber Manusia dan Kompetensi)

atau melalui emel kepada:

  • hr_training@mosti.gov.my
  • wannorsuhaida@mosti.gov.my
  • fikhri@mosti.gov.my

Permohonan hendaklah dikemukakan selewatnya-lewatnya 2 bulan sebelum tarikh latihan industri bermula.

Maklumat lanjut sila hubungi: 03-8885 8226 / 8865