Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Presiden China Association for Science and Technology (CAST), Republik Rakyat China ke atas KSU MOSTI

31 Mac 2026, Putrajaya – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) telah menerima kunjungan hormat daripada Profesor Wan Gang, Presiden China Association for Science and Technology (CAST) ke atas YBhg. Dato’ Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Sesi pertemuan strategik ini bertujuan untuk memperkukuh jalinan kerjasama antara Malaysia dan Republik Rakyat China dalam mempromosikan literasi sains awam serta memudah cara dialog antara saintis bagi menggalakkan pertukaran kepakaran, khususnya dalam kalangan saintis dan jurutera muda daripada kedua-dua buah negara.
Selain memfokuskan kepada pembangunan bakat, perbincangan ini turut memberi penekanan terhadap kerjasama teknikal dalam bidang berteknologi tinggi seperti kenderaan tenaga baharu (EV), industri hidrogen, kecerdasan buatan dan pendigitalan, perubahan iklim, bioteknologi dan aplikasi pintar yang menjadi tunjang kepada inovasi masa hadapan.
Perkongsian idea dan kepakaran ini telah diperkukuhkan lagi dengan kehadiran barisan wakil daripada Bahagian Pembudayaan dan Perkhidmatan STI (PSTI), Bahagian Teknologi dan Aplikasi S&T (TSA), Akademi Sains Malaysia (ASM), Pusat Nanoteknologi Kebangsaan (NNC) serta NanoMalaysia Berhad (NMB) bagi memastikan sinergi yang komprehensif dalam memacu agenda sains dan teknologi negara ke peringkat global.
Skip to content