Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Delegasi Greatasic Technology Sdn Bhd ke atas YB Menteri

25 Februari 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi telah menerima kunjungan hormat Encik Ong Chin Hu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif GreatAsic Technology Sdn Bhd bersama delegasi bagi membincangkan perkembangan industri IC Design (reka bentuk cip semikonduktor) tempatan.
Kini, syarikat tempatan seperti GreatAsic berperanan penting dalam memacu negara ke tahap seterusnya melalui kepakaran dalam reka bentuk cip dan System on Chip, memberikan nilai tambah lebih tinggi serta membuka peluang pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat.
MOSTI komited untuk terus menyokong syarikat tempatan serta memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri, agar Malaysia bukan sahaja menjadi pengeluar cip, tetapi juga pencipta teknologi masa depan.
Skip to content