Skip to main content
Berita

Kunjungan Hormat Duta Besar Perancis Ke Malaysia

12 Mac 2026, Putrajaya – YB Datuk Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Marc Abensour, Duta Besar Perancis ke Malaysia, di Putrajaya.
Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dan Perancis dalam memperkukuh hubungan dua hala, khususnya dalam bidang sains, teknologi dan inovasi, selaras dengan aspirasi kedua-dua negara untuk memacu pembangunan berteraskan teknologi, inovasi dan ekonomi.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk potensi kerjasama dalam pertukaran kepakaran, penyelidikan dan pembangunan (R&D), penganjuran seminar, pelaksanaan projek bersama, pembangunan keusahawanan serta kerjasama teknikal lain yang boleh diteroka dan diperkukuh dari semasa ke semasa.
Kunjungan ini diharap dapat membuka lebih banyak peluang kerjasama strategik antara Malaysia dan Perancis, seterusnya menyumbang kepada pemerkasaan ekosistem sains, teknologi dan inovasi negara demi manfaat bersama.
Skip to content